Tuesday 23 July 2013

Sharing is Caring ...

   Wah, ayat yang biasa kita dengar ... Tak gitu kawan2 ? Duhai sahabat, janganlah kita sombong sesama sendiri dalam berkongsi ilmu ... Kita semua manusia biasa dan hanyalah hamba Allah yang kerdil dan tidak punya apa2 ... Jom kita share ilmu sama2 sesama muslim ^^
Sharing is caring, kan kawan2 ?

   Saya sangat berterima kasih kepada sahabat yang selalu berkunjung ke blog saya semata-mata inginkan ilmu walaupun ilmu yang saya kongsikan tidaklah seberapa . Jangan risau, para malaikat akan menebarkan sayap-sayapnya bagi mereka yang menuntut ilmu kerana redhakan ilmu yang dituntutnya . Maaflah ya, saya lupa hadis dia, kalau kawan2 ada kitab hadis 40 tu, dalam tu mesti ada . Yang ni pun saya ingat ketika sesi tazkirah seusai solat maghrib yang ustaz sampaikan .

   Siapa nak masuk syurga ? Dah tentulah saya ! Kalau kawan2 tanya dalam hati kawan2 , mesti kawan2 pun akan beri jawapan yang sama seperti saya berikan tadi . Saya ingin berkongsi ilmu dengan  kawan2 semua bukan kerna diri saya sudah cukup sempurna , atau boleh dikatakan 'perfect' , tak sebenarnya . Saya pun sama seperti kawan2 juga . Hamba Allah yang sentiasa melakukan dosa dan takkan terlepas darinya . Saya kongsi ilmu dengan kawan2 kerana saya ingin perbaiki diri saya yang tidak sempurna ini . Jom sama2 kita hayati hadis di bawah :

                                       مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا ، سَهَّلَ اللَّهُ بِهِ طِرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“ Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga . ”
(HR. Muslim)

Jika ilmu yang saya sampaikan ada terkurang atau tersalah , saya mohon , tolong tegur saya dan perbetulkan saya ya ^^

Tuesday 16 July 2013

Islam itu Indah & Mudah ...

   Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke lapan kita berpuasa di bulan yang penuh rahmat ini, bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh barakah. Kawan2 pun mesti ramai yang cuba untuk perbaiki diri kan ? Terutama pada bulan yang penuh barakah ni. Alhamdulillah, bagus kawan2 saya ni. Untungnya saya ada kawan seperti kamu semua.

   Kawan2 nak dengar cerita tak ? Eh,bukan cerita cintan cintun tu. Tapi cerita CINTANYA. Alhamdulillah, kawan2 sudi juga dengar ye. Syukran kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog saya ni. Jazakallah...

   Saya ingin mulakan cerita dengan mengenalkan seorang sahabat saya kepada antum antunna semua. Nama dia saya rahsiakan ye. Alhamdulillah, dia dah berubah ! Saya betul2 bangga melihat dia. Dalam diam, saya mengucap syukur di dalam hati. Syukur sangat2 ! Hanya Allah je yang tahu bagaimana perasaan saya pada waktu tu. Happy sangat ! ^^

   Kawan2 tahu, sebelum ni dia lain sangat. Sekarang bila saya dah lama tak jumpa dia, saya tak sangka perubahannya membuatkan saya tersedar seketika. Wahhh, dah bertudung labuh. Dulu bukan main. Saya rasa kawan2 dah faham, kan ? Allah telah bukakan hati dia yang tertutup tu. Allah berikan hidayah pada dia untuk berubah dan sentiasa istiqamah. Andai dia sahabat kawan2, apa perasaan kawan2 ? Bangga kan. Haaaa, cam tuuu lah yang saya rasa.

   Bertuah dia kerana Allah telah kembalikan dia kepada landasan yang betul.  Saya dari dulu sampai lah sekarang ni, memang dah bertudung labuh. Saya ramai je kawan2 yang tak bertudung labuh. Maklumlah, zaman sekarang kan orang pakai tudung ikut fesyen gitu. Hehe... jangan marah, saya bukan perli kawan2. Saya tahu, jauh dari sudut hati kawan2, ada niat untuk berubah dari baik kepada yang lebih baik. Meskipun ego menguasai diri kawan2, tapi ada secebis kasih-sayang yang Allah hadiahkan dalam hati antum antunna semua. Cuma saya nak perbetulkan apa yang kawan2 saya tak tahu selama ni.

   Kawan2, bagus dah tu pakai tudung. Tapi hati2 kawan2, niatkanlah kerana Allah SWT. Bukan kerna fesyen terkini. Jom perbetulkan niat dulu. Bertudung kerna fesyen, samalah seperti dosa mereka yang tidak menutup aurat. Kawan2, tak maju pun fesyen2 ni. Memang maju di Bumi ciptaan Allah ni, tapi... Cuba kawan2 renung sejenak, kita maju di dunia, di akhirat macam mana ? Kita beriya-iya pakai mengikut fesyen, apakah kita akan dapat saham yang dapat menolong kita di akhirat kelak ? Kawan2, semua manusia pernah melakukan kesilapan & membuat dosa. Saya ? Saya pun pernah kawan2. Jangan cakap lah, may be lagi teruk dari antum antunna semua. Alhamdulillah, Allah telah tunjukkan saya kebenaran supaya saya sedar dari dunia khayalan.

   Kawan2, mintalah petunjuk & hidayah dari-Nya. DIA tak kedekut kawan2. DIA pasti memperkenankan doa kawan2. Jangan bersedih, jangan kecewa. Allah tak pernah berjauhan dengan kita. Istighfar banyak2. Allah SWT Maha Pengampun. Jom, kita sama2 perbaiki diri menuju syurga Ilahi. Bismillah...

 

 

Sedia untuk berdakwah !

   Alhamdulillah, siap juga blog yang saya created ni. Sebenarnya, sebelum ni saya dah ada blog. Tapi saya delete bab isi kandungannya, semuanya cam mengarut.
   
   Kawan2, kita sebagai umat Islam harus saling ingat mengingati, am I right ? Tujuan blog yang saya created ni pun supaya saya dapat muhasabah diri saya ni. Tapi saya tak nak lah ilmu yang saya ada ni disimpan dan tak dikongsikan bersama. 
   
   Saya tahu ilmu yang saya punya ni tak setanding ilmu yang you all ada. Cuma sedikit sebanyak yang saya tahu cuba saya kongsikan bersama antum antunna semua. Biiznillah, Insya-Allah...

   
   Haaaa, nampak tak gambar bergerak kat atas ni ? Hehe, nampak kan... Eh, janganlah marah2, saya saja ja tanya. Nak tengok apa yang antum antunna semua faham.
   
   Actually, gambar tak berapa penting pun. Apa yang penting sekarang ni, tulisan kat bawah kartun tu. "Change is good", "Yeah, but it's not easy." Kawan2 nampak kan ? Wah, hebatnya BI kawan2 ! Bagus2... Betul, berubah itu tidaklah semudah yang disangka. 

   Tapi kan kawan2, jalan menuju ke syurga, mudah ke ? Nak masuk syurga, tak ada pantang larang ke ? Hemmm, kawan2 pun tahu jawapannya kan. Jalan menuju ke syurga itu penuh dengan duri. Ia tidaklah semudah yang kita sangka. 


   Saya nak masuk syurga. Dan saya tahu, kawan2 juga mempunyai impian & cita2 yang sama seperti saya. Jom kawan2, kita perbaiki diri. Kita semua sama saja dihadapan-Nya. Cuma hamba-Nya yang kerdil lagi hina. Kawan2, saya juga perlukan bimbingan dari kawan2 untuk melalui jalan yang penuh duri itu. Saya akan cuba berubah sedikit demi sedikit. 

   Berubah dari baca novel, kepada buku2 islamik. Dari tinggalkan sunat rawatib, kepada tunaikan sunat rawatib. Dari tak amalkan ma'thurat, kepada seseorang yang istiqamah membacanya. Dari pakai baju ketat, kepada baju kurung. Dari tak bertudung, kepada bertudung. Dari tudung pendek, kepada tudung labuh. Simple, dari yang kurang baik berubah kepada yang lebih baik supaya kita sama2 dapat mencari redha Ilahi

   Jom kawan2, kita cuba lawan nafsu kita yang sentiasa ke arah keburukan & kejahatan ! Jangan takut kawan2, Allah sentiasa ada bersama kita semua !