Tuesday 23 July 2013

Sharing is Caring ...

   Wah, ayat yang biasa kita dengar ... Tak gitu kawan2 ? Duhai sahabat, janganlah kita sombong sesama sendiri dalam berkongsi ilmu ... Kita semua manusia biasa dan hanyalah hamba Allah yang kerdil dan tidak punya apa2 ... Jom kita share ilmu sama2 sesama muslim ^^
Sharing is caring, kan kawan2 ?

   Saya sangat berterima kasih kepada sahabat yang selalu berkunjung ke blog saya semata-mata inginkan ilmu walaupun ilmu yang saya kongsikan tidaklah seberapa . Jangan risau, para malaikat akan menebarkan sayap-sayapnya bagi mereka yang menuntut ilmu kerana redhakan ilmu yang dituntutnya . Maaflah ya, saya lupa hadis dia, kalau kawan2 ada kitab hadis 40 tu, dalam tu mesti ada . Yang ni pun saya ingat ketika sesi tazkirah seusai solat maghrib yang ustaz sampaikan .

   Siapa nak masuk syurga ? Dah tentulah saya ! Kalau kawan2 tanya dalam hati kawan2 , mesti kawan2 pun akan beri jawapan yang sama seperti saya berikan tadi . Saya ingin berkongsi ilmu dengan  kawan2 semua bukan kerna diri saya sudah cukup sempurna , atau boleh dikatakan 'perfect' , tak sebenarnya . Saya pun sama seperti kawan2 juga . Hamba Allah yang sentiasa melakukan dosa dan takkan terlepas darinya . Saya kongsi ilmu dengan kawan2 kerana saya ingin perbaiki diri saya yang tidak sempurna ini . Jom sama2 kita hayati hadis di bawah :

                                       مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا ، سَهَّلَ اللَّهُ بِهِ طِرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“ Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga . ”
(HR. Muslim)

Jika ilmu yang saya sampaikan ada terkurang atau tersalah , saya mohon , tolong tegur saya dan perbetulkan saya ya ^^

No comments:

Post a Comment