Tuesday 16 July 2013

Islam itu Indah & Mudah ...

   Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke lapan kita berpuasa di bulan yang penuh rahmat ini, bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh barakah. Kawan2 pun mesti ramai yang cuba untuk perbaiki diri kan ? Terutama pada bulan yang penuh barakah ni. Alhamdulillah, bagus kawan2 saya ni. Untungnya saya ada kawan seperti kamu semua.

   Kawan2 nak dengar cerita tak ? Eh,bukan cerita cintan cintun tu. Tapi cerita CINTANYA. Alhamdulillah, kawan2 sudi juga dengar ye. Syukran kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog saya ni. Jazakallah...

   Saya ingin mulakan cerita dengan mengenalkan seorang sahabat saya kepada antum antunna semua. Nama dia saya rahsiakan ye. Alhamdulillah, dia dah berubah ! Saya betul2 bangga melihat dia. Dalam diam, saya mengucap syukur di dalam hati. Syukur sangat2 ! Hanya Allah je yang tahu bagaimana perasaan saya pada waktu tu. Happy sangat ! ^^

   Kawan2 tahu, sebelum ni dia lain sangat. Sekarang bila saya dah lama tak jumpa dia, saya tak sangka perubahannya membuatkan saya tersedar seketika. Wahhh, dah bertudung labuh. Dulu bukan main. Saya rasa kawan2 dah faham, kan ? Allah telah bukakan hati dia yang tertutup tu. Allah berikan hidayah pada dia untuk berubah dan sentiasa istiqamah. Andai dia sahabat kawan2, apa perasaan kawan2 ? Bangga kan. Haaaa, cam tuuu lah yang saya rasa.

   Bertuah dia kerana Allah telah kembalikan dia kepada landasan yang betul.  Saya dari dulu sampai lah sekarang ni, memang dah bertudung labuh. Saya ramai je kawan2 yang tak bertudung labuh. Maklumlah, zaman sekarang kan orang pakai tudung ikut fesyen gitu. Hehe... jangan marah, saya bukan perli kawan2. Saya tahu, jauh dari sudut hati kawan2, ada niat untuk berubah dari baik kepada yang lebih baik. Meskipun ego menguasai diri kawan2, tapi ada secebis kasih-sayang yang Allah hadiahkan dalam hati antum antunna semua. Cuma saya nak perbetulkan apa yang kawan2 saya tak tahu selama ni.

   Kawan2, bagus dah tu pakai tudung. Tapi hati2 kawan2, niatkanlah kerana Allah SWT. Bukan kerna fesyen terkini. Jom perbetulkan niat dulu. Bertudung kerna fesyen, samalah seperti dosa mereka yang tidak menutup aurat. Kawan2, tak maju pun fesyen2 ni. Memang maju di Bumi ciptaan Allah ni, tapi... Cuba kawan2 renung sejenak, kita maju di dunia, di akhirat macam mana ? Kita beriya-iya pakai mengikut fesyen, apakah kita akan dapat saham yang dapat menolong kita di akhirat kelak ? Kawan2, semua manusia pernah melakukan kesilapan & membuat dosa. Saya ? Saya pun pernah kawan2. Jangan cakap lah, may be lagi teruk dari antum antunna semua. Alhamdulillah, Allah telah tunjukkan saya kebenaran supaya saya sedar dari dunia khayalan.

   Kawan2, mintalah petunjuk & hidayah dari-Nya. DIA tak kedekut kawan2. DIA pasti memperkenankan doa kawan2. Jangan bersedih, jangan kecewa. Allah tak pernah berjauhan dengan kita. Istighfar banyak2. Allah SWT Maha Pengampun. Jom, kita sama2 perbaiki diri menuju syurga Ilahi. Bismillah...

 

 

No comments:

Post a Comment